Tataddaaaaaa
Tadaaaa…………….
Puding Cheese yang memang sedap sangat. Budak
budak memang suka. Makan sejuk sejuk lagi sedap. Rasa lemak lemak cheese lemak
lemak susu. Pejam mata je la makan.
Puas hati sangat pembuatan kali ini membuahkan
hasil yang sangat memuaskan. Anak anak plak tak sesabar sabar nak tunggu sejuk.
Kejap kejap Tanya bila boleh makan….. Mama nak posing kan dulu daaaaa…..
Tengok ni…. Ini memang sebijik sebijik tiru
mould K.Nor jer. Bekas alas biskut cheese ni. Jimat dan mudah bukan.. cantik
jugak kan.
Bahan yang mudah namun agak tinggi jugak kos nya…
Terima kasih yer K.Nor Secubit Garam yang rajin
promote pudding ni… TQ pada Puan asal
resepi AlongRoz
Resepi Jase Jamin copy dari Secubit Garam
PUDING CHEESE
11g
serbuk agar agar
120g
gula
1
liter air
Dimasak hingga hancur gula dan mendidih
120g
– 150g biskut cheese cracker
200g
susu pekat
3
biji telur
1
sudu besar tepung kastard
50g
mentega (terlupa taruk)
Semua
bahan di atas blend kan saja
Masukkan
bahan blend ke dalam agar agar mendidih dan kacau hingga sebati dan pekat. Bancuhan
pekat dan cepat kental maka kena buat cepat cepat dan biarkan saja di atas api
kecil sekiranya nak buat selapis selapis.
Sejukkan
betul betul dalam peti ais baru sedap di makan.
Bersungguh sungguh la pulak tayang gambar.....
No comments:
Post a Comment