Thursday, December 8, 2011

CUCUQ UDANG


Tatadaaaaa taadaaaaa…………..


Cucuq Udang Utara.. Yaka ?? ada rupa dan gaya Utara ka??
Malam takdak mood nak makan berat maka terjadi la cuq udang ini. Sebelum bancuh cuq udang ni, berjalan jalan dulu di blog blog masakan ….

Lama sungguh rasa tak merayap dan menjelajah…. Tapi sampai kat Kak Azlita dan Kak 1 , alamakkkkkkkk memang boleh bina badan walau setakat tengok je. Cantik sangat kek Kak Ita dan Kak 1… Amat bertuah di kurniakan daya kreativiti yang tinggi begitu…. Langsung tak terjangkau dek ilusi Jase Jamin nak berhias sebegitu indah jadi nya… 



Ni cuq udang ni pun, rasa dah cukup cantik dah kejadiannya…. Dah habis daya kreatip rasanya…. Nampak gebu dan menyelerakan…. Puji ajela kan Kediri….

CUCUQ UDANG

Udang
Taugeh
Kucai
Gula kasar
Air sejuk peti ais
Tepung gandum sekadarnya
Baking Powder
Bawang besar potong ikut akal fikiran
Cili
Serbuk kunyit
Garam

Gaul semua hingga serata. Tepung tu agak agak je. Bancuhan jangan jadi macam buat cuq bawang atau cuq ikan bilis. Masa gaul tu akan dengar patahan taugeh. Tapi jangan sampai hancurkan taugeh itu ya….






Terlebih rajin gitu , buat pulak kuah sambal cili untuk cicahan cucuq udang ini. 
Senang je dan mudah.







Nampak isi dalam yang ala ala gebu la sangat kan…..







Seperti biasa dah siap semua touch up kan dan POSING



No comments:

Post a Comment