Friday, April 20, 2012

BINGKA BISKUT CRACKERS


Tatadaaaaa taaadaaa……



Semalam balik dari kerja, sesungguhnya memang kepenatan yang teramat la sangat kan. Tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap pembikinann kuih hatta kek , maka ku buang jauh segala perasaan malas. Dengan sisa semangat jitu yang ada sementelah plak dah ribu riban kali dok usha nak buat Kuih Bingka Crackers ni. Maka dengan tak semena mena terhasil lah bingka ini dengan jayanya. Tak semena mena gitu kan……

Dengan bahan yang mudah dan senang , maka senang jugak la kerja pembuatan untuk menjadi kejadian nya seadanya. Sebab si tangan keras ni memang tak kreatif untuk mencipta sesuatu itu supaya kelihatan menarik seperti blogger yang lain. Tapi yang penting keadaan gambar itu ada gak unsur unsur nak serupa….. hehhehehehe layan perasan jap.


Kehijauan kerana tanda sokongan kepada “Pencinta Alam Flora dan Fauna”.. Cuma tak cunnya sebab takder bijan.. rasa dulu ada stok bijan, tapi sebab taknak buang masa mencari dalam tidak kepastian maka terjadi lah sebegini.
Nampak kerak kerak tu. kerak tu yang buat kuih bingka ini menjadi lebih sedap, kerak kerak garing.. kerak kerak cinta…


Resepi dapat dari AlongRoz@HomeKreation yang asalnya dari kh267tm@myresepi.com

Ini resepinya

Bahan – bahan tersurat tersirat

140g Biskut Cracker – kisar sehalus mungkin
85g Tepung Gandum
210g Gula – kurangkan pada 190g ajer
3 biji telur
700ml santan – (ikut sebijik bijik ni – 20ml santan kotak , 250ml susu segar 250ml air)
1 sb Butter
1 sk Pandan Paste
Secubit garam
Bijan untuk taburan

Cara-cara

Blend semua bahan di atas kecuali bijan hingga sebati
Tuang kan ke adlam Loyang 8” yang telah di sapu minyak dan taburi dengan bijan.
Bakar hingga atas nya jadi perang ala ala garing
Sejukkan dengan sesungguh hati baru cantik di potong

Sebenarnya lapisan atas tu dah jadi cam karpet , boleh tanggal plak dari isi, tak tahu la plak kenapa kan.

  
Jadi macamana pun , yang penting touch upkan dan POSING…



 





No comments:

Post a Comment