Ini
lah dia Chiffon Hokkaido…. Tapi kalau nak pangiil Seindah Sakura Chiffon pun
boleh…. Sedap dan gebu sangat.. buat nya pun teramat lah mudah nyer, penggunaan
bahan yang cukup minima.. petik jari semua bahan ada dalam kotak Doraemon…
Cuma
tak mengerekot .. tak pasti kenapa.. so sebab tak puas hati buat sekali lagi
guna kertas Cup Cake.. haaa baru ngerekot tapi takdan amik pic sebab dah di
hantar ke rumah mak saudara ….
Selesai
sudah kenduri kendara.. jadi sambung balik cerita…
Kek
Chiffon Seindah Sakura @ Hokkaido ni sebenarnya di buat hantaran… tapi tak
berapa nak cun.. so tak puas hati la kan.. cam ngerekot n then ada plak kastard
secoih ataih tu… memang ke laut..
KEK
CHIFFON HOKKAIDO
4
biji telur kuning
30g
gula castor
1
sudu kecil esen vanilla
40ml
susu segar
40ml
minyak sayur – pakai minyak masak kek agak berat
55gm
tepung kek/superfine
20gm
tepung kastard
4
biji putih telur
¼
sudu kecil garam
80gm
gula castor
Cara
– cara
Pukul
telur kuning dangula dengan menggunakan whisker, sehingga agak kembang dan
masukkan vanilla , susu dan minyak.
Tepung-tepung
di ayak untuk seratakan, masuk dalam bancuhan telur.
Putih
telur dipukul bersama garam dan gula. Masukkan ke dalam bancuhan telur dan kaup
balikkan…. Cantik sangat rupanya masa ni.
Masukkan
ke dalam bekas acuan kecil atau cup cake sehingga agak penuh tapi tak berapa
nak penuh. Hentak kan 2 – 3 kali supaya tiada ruang udara.
Dah
masak dan keluarkan dari oven, kek ini akan turun mengerekot. Tu kira jadik la.
Paipkan kastard di atas kek.
KASTARD
1
sudu besar tepung gandum
1
sudu besar tepung jagung
1
sudu besar tepung kastard + sedikit air
4
sudu besar gula
200ml
susu segar
1
biji telur
1
sudu besar mentega
Kacau
dalam bekas sehingga semua sebati dan tiada ketul ketul tepung terapung. Masak di
atas api sederhana sehingga pekat.
Dah siap semua baru boleh POSINGGGGG!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment