Thursday, May 3, 2012

KEK CHEESE OREO


Tatadaaaaa taaadaaa……



Punya la teringin sangat nak buat Kek Cheese Oreo ni. Setiap hari dok buat kek cheese sesaja. Nampak cantik dan sangat sedap. Tapi bila makan fuhhhh boleh nangis bila tengok cermin…. Tak sanggup rasa nak perabih… maka bagi bagi la pada kawan kawan, biaq depa gumuk takpa…



Nak buat kek ni pun agak terkhilaf sedikit. Sebab Whip Cream tu letak kat frozen.. beku la sudah.. nak guna bawak kuar la konon bagi sesuai ngan suhuh bilik.. sudahnya tak leh pakai… tapi sebab atas nasihat kawan iaitu Anis Fatina, di mana kata beliau walaupun begitu masih boleh dipakai cream itu.. pukul kan je sampai jadi macam buttercream… agak lama jugak nak tunggu sebab dah berair lecak.. namun akhirnya jadi la jugak.. Cuma bila dah campur dengan cream keju ianya tidak kental and smooth. Yang penting rasa cheese tu tetap ada.
Takpa lakan at least mencuba sesuatu yang baru pada diri sendiri kan. Tak nak la asyik buat benda yang sama .. rasa tak mencabar je. Rasa biasa biasa jer.

Jom kita tengok resepi dan tengok pulak yang original punya ok…. Sini la sini laaa….

KEK CHEESE OREO

Kek span – (ikut kesukaan perisa kek)
Untuk buat alas cheese

Cream Cheese

250g cream cheese
80g gula halus
125g coklat putih (cairkan dgn kaedah double boil)
15g gelatin + 50ml air (campurkan gelatin bersama air hingga kembang skit, double biolkan hingga gelatin larut dan ketepikan)

250ml whipping cream
Vanilla

Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang sangat. Masukkan coklat putih kacau sebati dan masukkan gelatin dan vanilla. Kacau sebati hingga sebati. (2 kali sebati tu, maka kacau la betul betul)
Dalam bekas lain pukul whipp cream hingga kembang.
Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan cheese tadi. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke atas kek span tadi dan susun oreo, tuangkan lebihan lagi separuh dan susun oreo, tuangkan baki yang ada dansimpan dalam peti ais untuk keraskan selama 4 – 6 jam. Dan hias ikut kesukaanmu…

Takdan nak touch up dah  KENA POSING!!!!!!!!





No comments:

Post a Comment