Tuesday, November 15, 2011

BLACK PEPPER SOS

Tadaaaaa tadaaaa …………………

Salam….
Niat di hati berkobar kobar nak buat sos black pepper nak makan dengan daging bakar namun entah mengapa tak berapa nak menjadi la plak. Macam terlalu kuat rasa butter or kurang lada hitam.
Oleh kerana kejadian tak berapa diingini maka pandai pandai la plak tambah kan sos BBQ… boleh la nak di makan buat kudap kudap….

Mulanya cadangnya nak guna resepi  Kak Norlie sekali terguna resepi tak ingat dari mana salin….. Lain kali nak buat lagi guna Kak Norlie punya resepi.

Nampak je macam sedap kan...... tapi berkali kali rasa dan ubah suai namun rasa tak berapa kick... ada kurang tapi tak tau tang mana.... Kak Norlie .. saya C n P ye ... Sebab senang saya nak guna untuk lain kali... TQ..
Peringatan !!!!! Sos di atas bukan guna sos di bawah ini.... Harap maklum..
RESIPI SOS BBQ
Empunya : ILHAM MASAKANKU

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..



No comments:

Post a Comment