Tatadaaaaaaaaa taaadaaaaaa………………………..
Cam cun je kan…. Kek Belang Tradisional. Di bancuh
secara manual tanpa menggunkan mixer.
Rasanya agak lemak lemak. Makan banyak cepat gak
muak.
Cuma belangnya tak cukup banyak kan… sudah
tersalah bajet gitu.
Resepi ni ambil dari seseorang dari blog jugak. Cuma
nak kena recall balik blog yang mana satu.
Buatnya senang sangat sangat. Bahan pun mudah ,
cam biasa memang tersedia ada di rumah pun.
Makan panas panas fuhhhh shedap. Tepi tepi nya garing. Isi dalam gebu sangat.
Resepi nya ya
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula halus
1 cawan majerin (daisy)
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
1/4 cawan susu segar (terbubuh)
2 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 4 sudu besar air suam
Kejadian nya ya
Pukul sebati majerin dan gula hingga kembang macam guna mixer.
Kedian masukkan telur sebiji sebiji gaul sebati dan esen vanilla.
Selepas tepung di masukkan adunan agak padat, so ikut
pengalaman kena tambah sedikit cecair supaya akan moist kan. Tu yang p tambah
plak susu segar dan jadi sangat gebu.
Rasa rasa macam agak manis plak bila dah makan banyak.
Seeloknya kurangkan gula ya.
Dan macam biasala kan. Setelah masak.. touch upkan untuk
POSING.....
No comments:
Post a Comment