Wednesday, November 16, 2011

PUDING PEACH


Tadaaaa tadaaaaaa……….



Salam Teman…
Atas permintaan bonda untuk buat kan pudding apa saja untuk di bawa ke majlis marhaban esok. Mak nak suruh buat Kek Karamel tapi bahan tidak mencukupi jadi tak tercapai dek kerajinan nak pergi membeli bahanya.

Jadi buat plan B, iaitu PUDING. Serbuk agar agar memang sentiasa ada dalam stok dan tengok ada ¾ susu cair pastu ada plak buah peach 1 tin.




 
Klik klilk klik…. Dapat idea buat je la Puding Peach.
Main buat je ikut rasa rasa resepi resepi sebelum ni yang penah buat. Lebih kurang macam Puding Cocktail.

Puding Peach
11 gram serbuk agar agar – cap burung layang layang-guna yang clear punya
2 cawan air
1 cawan air buah peach – potong kecil kecil atau susun kan je dalam acuan
1 ½ cawan gula
¾ cawan susu cair
1 sudu teh tepung kastard – bancuh dengan air skit
1 sudu teh butter/mentega

Masak air serta serbuk agar agar bersama gula hingga hancur. Baru masukkan air buah dan susu cair. Akan kelihatan pecah pecah skit sebab susu cair kurang dari air.

Dah agak mendidih masukkan tepung kastard kacau hingga hilang bau tepung dan masukkan butter hingga cair dan tutup api.

Tuang ke dalam acuan selang seli taburan peach. sejukan untuk merasai betapa nyaman nye makan puding sesejuk peti ais.

   Sukatan air ini mungkin agak keras pudding ni , kalau nak lembik tambahkan air atau air buah atau susu cair.


 Macam biasa dah keluarkan dari acuan nya. Touch up kan dan sedia untuk POSING.... 


Makan sejuk sejuk sedap sangat ni

No comments:

Post a Comment