Friday, November 4, 2011

Kek Karamel




Salam Jumaat....

Masih lagi dalam mood Kek Karamel. Buat 5 biji dalam masa 1 hari. 1 biji tak jadi, tapi akan di jadikan semolek moleknya. Seronok nak mewarna, pelbagai kaler buat.... Dah ada tempahan dari kawan kawan...Alhamdulillah..

 Buat Kek ni kena slow n steady .. kalau tak hmmmmm Kecewanya Hariku...

Itu yang berlaku untuk sebiji kek tadi.. api terlalu kuat.. dan juga sebab guna tray hitam oven tu.. tray tu cepat panas dan air cepat kering..... So lepas ni memang kena beringat.. jangan guna tray hitam itu lagi hocay....


Ini resepi dari blog Masam Manis .... thanks to Kak Munirah Baharum sebab resepi yang lain dari lain ini...


Terima kasih pada Kak Ita sebab ajar bagaimana nak buat step by step...


KEK KAREMEL


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
Buat Seperti Biasa

 Bahan Karemel

1/2 tin susu cair

70g gula castor

1/2 s/t eh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

Adunan Kek Bahan 1

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu.Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2


Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik.Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara untuk melapis kek atau berapa colour terpulang pada kreativiti masing masing


No comments:

Post a Comment