Monday, November 14, 2011

KEK LAPIS PESONA CHEESE

Tatadaaaaaaaaa tadaaaaaaaa………………………

Salam Seawal pagi di hari Isnin yang indah. Penat bercuti 2 hari, walau cuti kerja tetap kerja demi negara yang tercinta….
Hmmmm nama saja sudah membangkit satu perasaan yang berkobar untuk mencuba. Maka bahawasanya nama sesuatu masakan adalah ibu segala rencah. Dari nama saja sudah dapat membayangkan keenakkan, kecantikan dan kelazatan sesuatu masakan…. Ini Jase Jamin yang kata.


Dengan nama yang tercetus nya disebut sebagai  KEK LAPIS PESONA CHEESE ini, hati ni berdetik nak mencuba jugak walaupun macam agak pasti kejadian nya tak begitu memberangsangkan. Tambahan pula bahan nya yang terlampau senang dan juga pembuatannya juga mudah.
Pembikinannya lebih kurang seperti Kek Batik saja. Boleh la di kata kan sebagai KEK BATIK DI BERI NAFAS BARU. Di modenkan dengan campuran cheese.
Memang terlampau kek ini untuk orang yang mengamalkan diet. Jika sekiranya ada keiniginan nak buat jugak , silakan tanpa was was. Tapi elok la di bagi bagikan pada rakan rakan yang lebih nak memberatkan badan.
Yang ini menggunakan Biskut Marie Perisa Kopi, jadi kek ini ada juga unsur unsur Tiramisu. Haaaaa macam macam rasa adakan.

Terima kasih juga pada empunya resepi yang sudi berkongsi ya..... Ryoazhar
Jase Jamin cuma buat separuh adunan sebab cheese cuma ada  250g sahaja. Tapi boleh di kata kan banyak jugak dapat. Guna loyang aluminium 6 x 6. Sebab senang nak gunting bila nak potong kek ni. Tak perlu susah payah nak angkat keluarkan.


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
by : Ryoazhar

Bahan A
1 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi
200 ml susu segar,dipanaskan (suamkan sahaja)

Bahan B
250 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
5 ml susu segar
1/4 cawan gula halus

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan

Panaskan susu segar, padamkan api.
Celup kan biskut ke dalam susu yang suam2 panas secara pantas (secoih ja)
Dan terus susun dalam loyang
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis
kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis
Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Untuk hiasan diatas kek itu atas kreativiti masing-masing ya
Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.
Malam tadi buat jam 9.00 malam dan pukul 6.00 pagi tadi baru tengok dan potong… cantik la plak kan.
Sesudah subuh terus posingkan kek ni untuk bergambar. Rupanya ambil gambar cuaca waktu subuh lebih cantik.
Cantik la sangat kan....




.

No comments:

Post a Comment