Thursday, November 10, 2011

Puding Cokelat Oreo


Tatadaaaaaa Tadaaaa....................

Cun je tengok dari jauh kan.... rasa pun sedap sebab ada serbuk biskut oreo. 
Masa nak buat ni jenuh dok berjalan di alam cyber dok belek dok intai dok skodeng dok pejam celik pikir boleh ke buat. Tengok sifu Cik Mat Gebu dok keciwa bagai dan Kak Ita pun macam berhati hati apatah lagi la yang tak berapa nak mahir ni kan. 

Tapi cuba jugak buat sebab nampak sedap dengan warna koko dan di limpahi dengan biskut oreo kan. Balik keja tanpa berlengah terus je buat dan ini lah yang terjadi. OK tak?


Tak ikut pun cara  Ummi @ Home Sweet Home
sebab rasanya macam tak menjadi maka nya mereka
reka la ala tersendiri untuk menampak dan
menghasilkan jugak layer antara 2 benua tu. Kira
dalam linkungan berjaya la jugak ni kan..... 



Resepi dari  Ros@jintanmanis

Bahan A
11 gram serbuk agar agar
2 cawan air 
1/2 cawan gula
Masak di atas api hingga mendidih

Bahan B
2 cawan susu segar
2 sudu besar serbuk koko
Bancuh sebati dan masukkan ke dalam Bahan A

6 keping biskut oreo (dihancurkan ikut kepakaran)


Cara Jase Jamin

Setelah Bahan A dan Bahan B di campur dan mendidih. Ceduk sedikit dan campurkan dengan serbuk oreo serta gaul sebati. Masukkan sedikit ke dalam acuan untuk dibekukan sedikit terlebih dahulu.
Dah agak agak beku tuangkan lebihan agar agar tadi. Sejukkan. Jika susah nak keluarkan sila guna pengcungkil gigi....

Dan dihias mengikut citarasa dan daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi dan bersedia untuk POSING..... 

No comments:

Post a Comment