Sunday, November 20, 2011

LUAHAN PERASAAN LIMPAHAN KASIH


Salam teman …………….
Sehingga ke saat ini tidak pernah merasa jemu dan bosan untuk buat lawatan dri blog ke blog. Banyak sangat yang dapat di pelajari. Rasa amat bertuah hidup di zaman IT ini di mana semua kemudahan hanya di hujung jari dan di depan mata sahaja. Sanggup dan tidak sanggup sahaja untuk mencuba segala apa yang telah selami dan di dalami.







Walaupun dari hanya blog masakan tapi tidak hanya memperlajari teknik memasak dan petua petua masak sahaja. Boleh juga belajar cara atau teknik mengambil gambar supaya gamabr itu kelihatan menarik tertarik da booommm sampai rasa nak masuk dalam PC je makan. Jase jamin dah mula memahami menggunakan kamera yang tak berapa canggih ini, seada cuma, namun dah banyak berjasa.




Cara ambil gambar, mencantikkan kejadian supaya nampak terserlah. Boleh di kirakan semua blog blog masak ni gambar semua cantik sangat sangat. Tengok berkali kali pun tak jemu mata ni patah lagi la air liur ni kan. Dok tertelan saja la… cer citer camner nak diet… cer citer.. kalau setiap hari sampai  10 blog dok ronda.. cam YB lak rasa… melawat kawasan..




Pewarnaan atau kombinasi warna juga penting dalam masakan untuk menarik selera dan nada nada perut keroncong makan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Banyak juga kuih muih tradisi yang telah di olah dan diberi nafas baru untuk nampak lebih moden, namun sudah semestinya rasa tetap sama. Kuih tradisi Malaysia tak pernah lapuk dek zaman walaupun tahun berganti tahun ribut taufan senada putting beliung menimpa.




Dulu sukatan orang lama main agak agak or main campak campak jer dan bila nak buat rasa tak yakin sebab kalau dah main campak campak mau campak ke tong sampah terus. Sekarang dengan inisiatif rakan rakan blog dapat la sukatan yang mudah samaada timbang atau cawan metrik. Baru la sekarang ada keyakinan nak buat kuih tradisi. Kuih moden pun tak kurang hebat jugak kan. Macam macam fesyen macam macam jenis. Ramai yang mencuba dan ramai yang komen malahan tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman dan pendapat untuk mendapatkan masakan itu menjadi lebih enak dan lazat.




Gambar gambar di atas adalah cobaan Jase Jamin bermain dengan camera..... untuk pertajamkan apa yang di pelajari dari rakan rakan blogger... 

Ini lah luahan hati ku sebagai
Jase Jamin.

No comments:

Post a Comment