Tatadaaaaaa
taadaaa……………
Roti Lapis Daging
Bercheese…. Suka suka je kan letak nama.
Balik dari kerja
tadi , tinjau bawah si tudung saji lauknya tidak begitu memberansangkan untuk
di santap. Jadi terpikir nak buat sesuatu yang simple (tak la simple pun). Tengok
semua bahan ada, cam dapur Mastercheff plak…. Semua bahan sentiasa ada dan
bersedia nak digunakan.
Sambil dok layan
perasaan, dok imbas imbas masa dok melawat kawasan blogger blogger kan,
terbayang bayang Makaroni bakar Cracker
Lapis Daging dan sebagainya la… jadi buat la sambil sambil agak agak pandai
pandai Kediri. Maka jadi la cenggini.
Roti tu di canai
sampai leper macam nak buat Roti Gulung Sosej, lepas tu masukkan dalam bekas
kesukaan then bakar sekejap je, akan jadi macam sampan or bakul. Baru la
letakkan inti citarasa tersendiri.
RESEPI ROTI
DAGING BERLAPIS CHEESE
Sumber dari
pelbagai blog
3 keping roti
Canai hingga leper.
Letakkan dalam acuan dan bakar sekejap je. Akan nampak macam sampan atau bakul.
Bahan Tumis
(boleh ikut citarasa sendiri)
Bawang
putih
Bawang
merah
Cili
boh
Serbuk
kari ayam
Tomato
puri
Carrot
– potong dadu
Ubi
kentang – potong dadu
Daging
ayam kisar
Susu
segar
Telur
Tumis bawang. Masukkan
ubi kentang hingga empuk kemudian carrot. Seterusnya cili , serbuk kari dan
tomato puri dan perasakan. Sendukan ke dalam bekas roti tadi.
Bancuh susu dan
telur, siramkan ke dalam bancuhan ayam di dalam roti tadi. Bakar sehingga masak
dan taburkan cheese dan bakar sekali lagi untuk cairkan cheese.
Dan dah siap untuk
di jamu dengan cili sos atau apa jenis sos kesukaan.
Siap untuk di
POSING
terbaiklah jase
ReplyDeleteTq Syida Mus...
ReplyDelete