Sunday, December 18, 2011

KEK KASTARD PANDAN


Tatadaaaaa taaadaaa……


Lama sangat dah teringin nak buat kek ni. Tiap kali beli mesti dok belek macamana la bikin ini kek. Rasa cam susah pun ada rasa cam tak kuasa nak buat. Tapi bila makan sedap teringinnya la nak buat.
Gagah dan gigih mencari resepi , banyak jugak resepi yang jumpa , macam macam versi macam macam gaya persembahan. Dah penat kona lipat kona baring maka jumpa la resepi yang rasanya very easy going hehehehhee dan bahan yang mudah. Resepi dari HAPPYCOOKING TIME. Simple dan mudah.
Haaahhh semangat sungguh nak buat. Balik je dari kerja terus mencari Tepung Hoen Kwee Hijau. Balik rumah rilek rilek dalam 5 jam kekekekkeke haaaa baru la godek godek keluarkan bahan.


Masa bancuh adunan buat dengan penuh perasaan dan menjiwai watak sebagai Chef. Pukul telur dan gula dengan penuh rasa gembira dan teruja dah masuk semua bahan bancuhan tu jadi cantik sesangat. Gebu lembut dan cantik. Masa pembakaran pun kejap kejap usha dan tengok cantik je.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…………… sesuatu tidak di ingini berlaku…. Ralat terkilan dan sebagainya. Sebabnya pewarna hijau dan perisa pandan tak bubuh…… terbang perasaan teruja. Aduiiiiiiii walhal masa mula mula nak buat tu dah plan gitu gini. Bila dah jadi camni rasa nak buat langkah seterusnya tu jadi ala kadar ajer.

Nampak kan warnanya itu tidak menepati tema yang di tetapkan. Takpa kerana ini adalah percubaan pertama. Akan buat lagi dengan penuh teliti dan rapi.


KEK KASTARD PANDAN
5 biji telur
150 gram gula castor
120 gram tepung gandum
10 gram ovellete
Sedikit garam
80 gram mentega cair
PEWARNA HIJAU
PERISA PANDAN

Telur dipukul bersama gula hingga jadi seperti krim , kelihatan kembang dan gebu dan ringan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di pukul masukkan garam dan ovelette. Pukul lagi hingga kelihatan memutih.
Seterusnya masukkan mentega cair dan kacau dengan spatula hingga sebati dan masukkan pewarna hijau dan perisa pandan. Bakar pada suhu 150. Sejukkan sebelum di kastad kan.

KASTARD
1 sudu makan serbuk agar agar
500 ml air
180 gram gula castor
85 gram tepung hoen kwee hijau
200 ml santan (sekotak)
200 ml air
Atau 400 ml santan

Agar-agar, air, gula dan perisa pandan di masak hingga gula hancur.
Bancuh tepung hoen kwee bersama santan hingga sebati dan masukkan ke dalam bancuhan agar agar. Masak hingga pekat dan mendidih.

Langkah seterusnya.
Belah kek kepada 3 atau 2 bahagian (ikut kepakaran).

1.        Masukkan kek pertama ke dalam bekas yang agak besar sedikit supaya ada ruang untuk kastard menutupi keseluruhan kek.
2.    Tuangkan kastard ke atas kek agak agak tinggi dari lapisan kek pertama.
3.    Kek ke 2 di letak atas kastad tadi, kek takkan tenggelam ke dalam kastad tu ye.
4.    Ulang langkah sapuan kastard hingga licin dan rata, kemas kan. Hentak bekas supaya kastard padat.

Ketebalan kastard juga tidak seimbang dengan kek. Tapi takpa post mortem dah buat maka second round dah tau kan mana tak kena mana yang perlu diperbaiki. Try and error kan. Nak sedap kan hati hhehehehehe…. 


Biarkan sejuk dan simpan lam peti ais. Dah siap touch upkan dan POSING.







No comments:

Post a Comment