Friday, December 16, 2011

KEK OREN


Tatadaaaaa taaadaaa……


Dah lama tak bersiaran dalam program masakan ini. Dengan cuaca tak menentukan maka kesihatan pun tak menentu.
Dalam hati ada taman ni dah lama teringin nak makan Kek Oren yang gebu gebu. Dah banyak resepi di cuba namun tiada yang berkenan di hati. Maka tadi leteh berjalan dari blog ke blog sehingga la terjumpa di blog Hana’s Family jumpa la resepi Kek Oren yang simple la sangat la amat. Yang penting bahan nye yang mudah dan memang tersedia ada di rumah.


Sepulang saja dari kerja tadi tanpa lengah dan dengan usaha yang gigih dan bertabah maka berjaya siapkan sebiji kek yang sedap dan lembut gebu….. 

KEK OREN

3 biji telur
1 cawan minyak
1 ½ cawan gula halus
Sebiji buah oren (kulit di sagat yang OREN SAHAJA)
Boleh jugak kalau nak tambah Sunquick.

Semua di atas di blender kan yer termasuk buah limau itu, ambil isi dan potong kecil.

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Campurkan tepung yang di ayak sebanyak 3 kali ke dalam campuran limau di atas. Sebatikan dan tuang ke dalam acuan kesukaan. Bakar pada suhu 150.

Dah siap masak dan sejukkan touch upkan dan POSING kan..


Nampak gebu kan…. Memang gebu dan lembut sangat. 





1 comment: