Sunday, January 22, 2012

KEK COKLAT BUTTER CREAM


Tatadaaaaa taaadaaa……



Over nyer la kan…. Bersungguh buat hidangan cam nak sambut raya plak. Orang memberi kita merasakan..  tak gituu… jiran jiran berbangsa Cina.. tiap kali raya depa mesti bagi limau berkotak kotak kenkadang hamper… Jadi sebagai balasan apa la salahnya kan kita berbalas balas.

Dan macam biasa la , bahannya mudah dan simple. Semua ada dalam kotak magic Doraemon ni ha. Maka sap sap soii siapp la Kek Coklat Tanpa Telur ini. Resepi ni ambil dari DayangJackatau DapurKu SaYang.



bahan-bahan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 2 cawan gula perang
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - optional
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati tetapi jangan terlalu lama.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga cukup masak.  (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Sila adjust sendiri ye) 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Sebiji biji ku C&P kan …. Tq Kak Dayang di atas resepi yang mudah ini. Kek pun gebu elok jer.. namun lupa plak garam maka kek tu terasa ada kekurangan nya. Tapi takpa la sebab dah makan dengan cream kan mesti tak perasan kekurangan rasa.
Dah siap dihiasi maka sedia untuk POSING!!!!!!

Nampak tu itik dok jege manja gituuuu.......



No comments:

Post a Comment