Tatadaaaaa taaadaaa……
Kek rona roni
kehidupan. Berwarna warna ibarat rencah rencah kehidupan di kota yang penuh
gelagat dan rentak. Suka tengok warna yang terang cenggini, baru la semangat nak
makan nya kann…. Buat untuk birthday party sesuaii sangat kan.. Buatnya kek ni
pun dah boleh membuatkan hati ini girang dan riang hehhehehehehe overrrrrr…
Kek Batik Arora nama di beri. Hmmmmmm kek ni kan rasa cam ala ala kek orang dedolu sebab mungkin penggunaan susu pekat itu. Selepas dua tiga hari cake ni menjadi semakin sedap dan moist.
Masa tengah asyik
bercat walk di alam cyber sambil melawat kawasan, ternampak la beberapa senior
senior yang mahir lagi pakar malahan mantop buat kek yang cantik dan lawa ini. Hati
ni menjerit jerit bagaikan jeritan batin “nak buat nak buat nak buat jejugak”. Maka
dengan kudrat tulang empat kerat ni gagah juga buat akhirnya. Wahhh bila dah
jadi amat la berpuas hati sebab naik cantik moist dan sedap mata memandang
Resepi ni di ambil
secara siaran langsung tanpa di remiskan walaupun segram. Nak tengok lebih cun
punya sila jamu mata disini ya. Acuan Azlita Aziz tu pun dah cukup cantik
bangat, mana ek beli acuan tu.
Kek Batik
Arora
250
gram butter
100
gram gula castor
½
cawan susu pekat manis
250
gram tepung gandum
6
biji telur
2
sudu tea baking powder
1
sudu the ovellete – Ita tambah – Jase Jamin pun tambah la jugak
5 pewarna dan 5
perisa mengikut warna
Caranya
Pukul butter,
ovellet dan gula hingga putih dan nampak creamy.
Masukkan susu pekat
seterusnya telur sebiji sebiji, jangan ngelat ok. Pastikan setiap biji telur
itu sebati baru masuk pulak yang sebiji lagi. Masukkan pula tepung yang di ayak
bersama baking powder, dengan menggunakkan spatula gaul sehabis daya hingga
sebati.
Dah puas hati
bahagi pada 5 bekas untuk di warnai dan diperisakan.
Seterusnya bakar
ikuit ketetapan oven masing masing yer.
lama itik kuningtak bersiaran kan… menjeling
marah tu .
jangan lupa untuk POSING!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment