Sunday, February 26, 2012

TALAM TEMBIKAI DI MAWARKAN


Tatadaaaaa taaadaaa……


Tetiba rasa nak talam menalam bertalam. Teringin nak cuba masakan tradisional melayu lama. Namun demikian kuih-kuih talam ini telah banyak di beri nafas baru. Telah diolah diubahsuai supaya kelihatan lebih segar dan menarik, terutama menjadi tarikan di setiap majlis meraikan tetamu. Sesuai dengan anjakan paradigma yang berlaku dari zaman ke zaman.
Boleh dikatakan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan dan suasana. Sementelah dengan saranan kerajaan melaung 1 Malaysia, kuih-muih yang dulunya hanya mengikut ketetapan kaum telah mula diterima oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum… Kelas ko Jah bila Jase mula berceramah…



Kuih talam ni namanya Talam Tembikai. Tapi kenapa tembikai bermawar berduri plak….. sebabbbbb nak cuba acuan baru yang silicon itu.
Suka sangat bila dapat acuan tu, selama dok usha je geng geng masak guna tu. Suatu hari tu saja saja jalan kat Selayang Mall, sementelah plak hari Jumaat kan, selama ni tak penah nak masuk DIY, ntah kenapa tergerak hati yang gelora emosi ketika itu nak masuk DIY…… haaaaaaaa kat sini ada rupanya cuan silicon pelbagai bentuk .. waaaaa bestnyaaaa….. belek sana belek sini, amik tu amik ni…. Harganya tidak la mahal rupanya yer… semua bawah RM20.00… puas sangat hati bila dapat beli…. Tapi malu la nak amik pic tunjuk…. Tapi mungkin gak nak amik gak la pic nya..

Bebalik pada kuih Talam tadi tu.. hmmmmmmmmm sebenarnya rasa tak berapa nak sedap. Sebab kuih tu jadi liat dan tak sedap la….. pasti dari penggunaan tepung yang salah sukat… sama ada terlebeh tepung ubi atau tepung beras.. harapkan ropa saja cun kan…. Bukan salah resepi okkkkkk... tapi tangan ni haa yang keras dan kaku.. n tak reti nak bolak balik kan resepi... 

Resepi ni ambil dari Kak Yatie Sinar KehidupanKu… banyak sungguh kuih Talam beliau yang sangat sangat cantik….

Resepi Talam Tembikai
2 ½ cawan Tepung Beras
1 ½ cawan Tepung Ubi
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
500ml santan kotak (jadikan cukup 4 cawan)

SIRA GULA

2 ½ cawan gula pasir
1 cawan air
3 helai daun pandan

Penyediaan :
Campurkan bahan tepung bersama garam dan air kapur.
Siapkan sira gula , biarkan gula hancur dan mendidih tunggu hingga agak suam, campurkan santan dan sedikit garam untuk bagi rasa lemak.
Campurkan bahan santan ke dalam tepung dan gaul hingga sebati dan tepung tidak berketul.
Tapiskan dan bahagikan kepada 3 warna. Kalau ikut adunan tu akan dapat 7 cawan. Jadikan bahagikan kepada 1 ½ cawan untuk hijau 1 ½ cawan lagi untuk warna asal dan 4 cawan untuk warna merah.
Untuk masak :
Kalau nak buat macam kuih lapis yang boleh bukak selapis selapis tu buat la cam lapis biasa tu….



Biarkan betui betui sejuk baru potong kalau tak melekit lekit nanti…
Dan Masa untuk POSING!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment