Saturday, April 28, 2012

KEK BLACK BEAUTY CHEESE GANACHE


Tatadaaaaa taaadaaa……



Hujung minggu yang agak panas cuacanya… panas panas ni makan pudding yang sejuk sejuk alangkah segar rasa tekak kan. Tapi bukan nak citer pasal pudding pun.. saja membayangkan je kalau kerajinan itu hadir dalam sanubariku.

Hari ni nak persembahkan Kek Beralas kan Cheese bercarpetkan Ganache.. gara gara ketidakpuasanhati terhadap Kek sebelum ni yang macam “tak cukup kasih sayang” kan Che Rose kan…. Puas rasa bila kek ni menjadi dengan elok dan jayanya. Rasanya akan buat jugak pada 1 hari yang indah kek dam cheese tu…. semangat juang kena tegar …


Buat kek ni paling mudah dan senang…. Bahan bahan memang sentiasa ada, rasanya sesiapa sahaja yang minat bakar kek ni bahan bahan mesti akan sentiasa di pastikan cukup stok… sebab tetiba je akan datang perasaan nak buat kek itu ini la bagai.
Kek coklat itu menggunakan resepi Black Beauty dari Azlita Aziz masam manis, nama yang sekrang dah cukup glamor dan dah dan dah jadi selebriti blogger. Cream Cheese dan Ganache pun dari sumber yang sama juga.

KEK COKLAT BLACK BEAUTY

Bahan-bahan A
2 cawan tepung gandum
¾ cawan serbuk coklat
1 sudu tea soda bikarbonat
1 sudu tea baking powder

Ayakkan semua bahan di atas –(kalau rajin ayak la 3 kali supaya tepung menjadi halussss, tiada paksaan ok )

Bahan – bahan B
2 cawan gula castor – ( tak manis sangat pun , nampak je cam banyak)
1 cawan susu cair
1 cawan mentega yang dicairkan – (cairkan dulu baru sukat)
1 cawan air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Campurkan semua bahan di atas dan gaul sebati dengan whisker sahaja ok. Kacau perlahan sehingga tiada lagi bunyi bunyi gula.
Setelah itu masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit sedikit, dengan mengguna WHISKER itu gaul hingga tiada ketulan tepung bergumpal.
Dah sebati masukkan ke dalam Loyang 8 inci dan bakar menggunakan api bawah dahulu sehingga tepi tepi kek kelihatan agak masak baru tukar kepada api atas bawah selama 10 minit dan akhirnya api atas untuk masakkan bahagian atas.

CREAM CHEESE

Bahan-bahan

125g cheese
60g mentega
1 cawan gula icing
Vanilla
Lemon paste
Perahan lemon

Putar semua bahan di atas hingga kembang.
Tuangkan di atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.
Simpan di dalam peti selama lebih kurang 2 3 jam untuk cheese mengeras supaya mudah untuk menuangkan ganache di atasnye.

GANACHE

Bahan-bahan

100ml Whiping cream
250g coklat bar
1 sudu besar syrup
Vanilla

Panaskan whip cream tanpa didih, masukkan coklat yang di potong kecil sehingga larut. Masukkan syrup dan vanilla , kacau hingga semua sebati dan agak kilat. Biarkan sejuk untuk dituang di atas cream cheese.



Jadi hasilnya seperti yang telah di lihat terlebih dahulu…


Touch kan up dan……. JANGAN LUPA POSING!!!!!!!!






No comments:

Post a Comment