Tatadaaaaa taaadaaa……
Kek apa agaknyer kan… sungguh tak molek kelihatannya…
Kek Red Velvet yang glamor tu… kek ni di buat sempena harijadi Mak pada 13 June … walaupun mak tak makan sangat kek .. tapi usaha gigih jugak buat.. kira 2 in 1 la.. Sempena Birthday Mak dan juga ambil kesempatan nak try.
Resepi
ni guna dari Joy of Baking…. Kek beliau tidak berderai seperti kek sebelum ni..
pernah jugak cuba tapi tak menjadi sebab kek nyer berderai derai…
Sebelum
buat kek ni dekat seminggu juga buat catwalk di blog blog lain yang dah penah
buat dan mintak pulak khidmat nasihat dari sahabat yang amat la pakar rupanya
buat kek ni… Puan Saniza di Selayang… Tq Saniza.. akan aku usahakan lagi untuk
penambaikkan….
So
sila berjalan di blog blog masakan tersohor.. sudah pasti terjamin gerenti akan ada Kek Red Velvet ini…..
RED VELVET CAKE (Joy of baking)
RUJUKAN : Joy of baking
Bahan-bahan
RUJUKAN : Joy of baking
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum/kek
1/2 tsp garam
2 Tbsp serbuk koko
****
Ayak bahan bahan kering ini
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula pasir
2 biji telur gred A
1 tsp asen vanilla
1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi
buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit ) – yang ni
nak kena belajar dengan lebih mendalam lagi… ada jugak yang substitute cuka
kepada lemon…. Mungkin boleh cuba nanti
2 Tbsp cecair pewarna merah
1 tsp cuka makan je
(jangan terlebih sangat – boleh menimbulkan bau yang masam
1 tsp baking soda
Pembuatan :
1.
Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2.
Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3
minit).
3.
Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali
dimasukkan.
4.
Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
5.
Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan
larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung
dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih
berbaki).
7.
Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran
akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus
kaup balik.
8.
Masukkan adunan ke dalam
loyang kesukaan dan bakar kan la ia. Boleh bakar dalam dua Loyang berlainan dan
masukkan sekali dalam oven atau bakar I Loyang dan nanti buat la belahan 3
sekawan.
Untuk
icing…. Yang kek dalam ni adalah cubaan buat Steam Buttercream tapi fuhhh amat
mencabar sebab tersalah cara membuat maka terjadilah seperti itu… takpaaa
pengalaman kannn….
No comments:
Post a Comment