Sunday, May 6, 2012

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE


Tatadaaaaaaaa taadaaaaaa



Cantikkah kek ini??????

Berkerat rotan tulang ampat kerat nak buat kek ni. Saja seronok seronok buat kek yang Nampak macam agak sukar nak buat. Ekperimentasi .  Ambil di mana?? Cer teka…. Pasti semua dah tau kan… tapi jangan la di banding bandingkan yer…. Memang la jauh bezanya..



Percubaan pertama yang rasanya boleh di kira berjaya la jugak kan. Kekeekekeekek…..




Haaaa disinila disinila sebenarnya JJ mencuri idea kreativiti buat kek yang tak ingat nama ni…. Cantik kan dan kemas sangat….

Panjang gak ni nak taip resepinya tapi bertabah lah kan

Kek Sponge Oren

20g gula halus
4 biji telur kuning
30g sunkist
1 biji kulit limau

Pukul hingga gebu semua bahan di atas

4 biji telur putih
100g gula halus
100g tepung gandum
70g butter – dicairkan

Pukul telur putih hingga berbuih dan masukkan telur putih dan pukul hingga kaku. Masukkan 1/3 ke dalam bancuhan oren tadi dan kaup balik kan hingga sebati dan tuang bakinya dan kaup balikkan lagi. Masukkan tepung yang diayak tadi. Kaup balik lagi hingga hilang ketul ketul tepung.

Masukkan butter cair dan kaup balik hingga semua sebati. Jangan terlalu kuat semasa mengaup balik tu nanti kek mudah bantat….

Masak selama 20 – 25 minit sahaja.

Sejukkan dan mulakan proses gulung.

1)      Potong 4cm dan akan dapat dalam 4 bhgn
2)    Sapukan jem / nutella / ganache / apajua pada setiap Satu
3)    Gulung yang bhgn pertama kemas seterusnya yang lain hingga gulungan itu membesar.
4)    Balutkan dengan plastic wrapper dan simpan dalam peti ais supaya ia nya kukuh

Langkah seterusnya

KEK SPONGE COKLAT

20g gula halus
4 biji telur kuning

Pukul hingga gebu semua bahan di atas

4 biji telur putih
100g gula halus
95g tepung gandum
15g serbuk koko
70g butter – dicairkan

Pukul telur putih hingga berbuih dan masukkan telur putih dan pukul hingga kaku. Masukkan 1/3 ke dalam bancuhan oren tadi dan kaup balik kan hingga sebati dan tuang bakinya dan kaup balikkan lagi. Masukkan tepung yang diayak tadi. Kaup balik lagi hingga hilang ketul ketul tepung.

Akhir kalam masukkan butter cair dan kaup balik hingga semua sebati. Jangan terlalu kuat semasa mengaup balik tu nanti kek mudah bantat…. Kek ni ringan yer..

Masak pun sama 20 – 25 minit sahaja

Sejukkan dan potong kepada 2 bhgn

Ketepikan.

Langkah seterusnya lagi

KRIM

2 cawan whipping cream
2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
½ cawan gula icing
1 sudu the vanilla

NOTA : bekas dan pemukul kek sila masukkan kedalam peti ais untuk disejukkan selama 15 minit. Whipping cream nak guna baru kuarkan dari peti ais ok….

Masukkan gelatin KE DALAM air biar kembang. Letak atas api sederhana dan kacau hingga gelatin larut. Dan sejukkan.

Keluarkan mangkuk dan pemukul. Tuang whipping cream dan putarkan dengan speed 4. Masukkan vanilla dan gula sedikit demi sedikit dan hampir keras masukkan gelatin dan pukul hingga kental macam buttercream.

Fuhhhh penat mokcikk…

Langkah mencabar

Susun atur kek..

Ambil lapisan kek coklat yang pertama, sapukan krim dan keluarkan gulungan kek oren tadi dan letakkan atas kek coklat tadi, sapukan krim lagi. 

Alas plak dengan sebahagian kek coklat kedua tadi. 

Dannnn taraaaaaa siap dohhh… dan hiaskan la ikut creativity memasing ok….



No comments:

Post a Comment