Wednesday, November 9, 2011

ROTI JALA ANYAMAN



Salam . Sempena hari cuti bekerja hari ni maka dengan semangat berkobar kobar nak buat projek ROTI JALA... Dah lama sangat terperuk niat ni nak buat anyaman tikar ni..Alhamdulillah hari ni semuanya berjalan dengan lancar dan sekejapan aja dah habis.... 

Buat pun terlalu mudah dengan bahan yang terlalu mudah. Memang dah tersedia ada di dapur bahan seperti tepung air dan telur dilupa jangan garam dan serbuk kunyit sebagai pewarna.Acuan semua dah standby untuk di guna pakai. 
Roti Jala ni memang jadi kegemaran di rumah. Sesuai sangat untuk minum petang mahupun sarapan. 
Penyediaan dan masa memasak tidak terlalu lama, tapi penat la jugak berdiri kan...... 
Resepi ambil dari Kak Ummi Kuantan , seperti ketetapan berikut :- (cam buat surat lak)

ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam 
Pewarna kuning atau kunyit serbuk
Gaul sebati dan blender . Seterusnya tapiskan dan anyam kan.
Anyam guna acuan ini 





Botol mayonis sebenarnya. Kalau rajin beli Takotao(excuse the spelling eekk) mesti tau kan. Lagipun di blog Secubit Garam pun dah promote. Beli di Daiso The Curve. Terdapat 2 size besar dan kecil tapi harga sama RM5.00 
Tapi semalam pegi Daiso di IOI Mall. Macam macam nak di beli, tapi dapur kicik saja takder banyak tempat nak simpan barang. So beli yang memang nak guna dalam masa terdekat sahaja. 
Jadi bila dah siap menganyam terjadi la seperti ini

Takkan makan cenggitu je kan.........
Mesti la di sirami dengan kuah kari daging berubi kentang seperti ini

Kuah kari harus semua tau kan resepinya. Jase Jamin punya resepi tak boleh di inter frame kan.
Dengan kata lain sebab resepi nya dah salah. Seharusnya rempah kari daging tapi termasuk kan rempah kari ikan. Tapi rasa tetap kari daging la kan.


KARI DAGING BIDAN TERJUN
· Bawang Merah
· Bawang Putih 
· Sedikit Halia
Kisarkan dan tumis hingga naik bau
· Daging
· Ubi Kentang
· Rempah Kari DAGING
· Cili Kisar
· Santan Pekat dan cair
Bila bawang dah naik bau masukkan daun kari 4 5 keping. Seterusnya masukkan rempah kari yang disebatikan dengan cili kisar. Dah agak pecah minyak masukkan daging dan sedikit air untuk lembutkan daging. 
Setelah lembut masukkan ubi dan masak hingga ubi empuk. Terakhirnya masukkan santan cair dan pekat dan perasakan. 
Rasanya lepas ni nak buat corak apa pulak kan.... Any Idea????? 

No comments:

Post a Comment