Friday, July 6, 2012

CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKES

Tatadaaaaa taaadaaa……



Tak terkata apa bila CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKES ini terjadi dengan cantik nya….. Tiada kata kata yang dapat dilontarkan sekadar mengunyah mengunyahhhhhh ajeeeee…. Cake ini terlalu berbahaya.. berisiko tinggi… kalau dalam kes siasatan di gelar HIGH PROFILE…

Boleh menimbun kan lemak lemak yang sedia ada.. accumulate… pengumpulan data…  Reten… dan sebagainya.. oleh yang demikian sila makan dengan perasaan teragak agak yer…. 



Bahan bahan nye boleh tahan agak berkaliber tinggi jugak la kan.. dengan Cheese nya dengan Non-Dairy Whipp creamnye dengan coklat masakan…. Buatnya tidak sesukar mana Cuma perlukan kekuatan dalaman kerana mengambil masa yang agak lama… kiranya Jase buat ini dari jam 6.00 ptg hingga 6.00 pagi esoknya…. Haaaaa tercabar tak kita???? Harussss kann….

Tanpa berlengah kan masa marilah sama sama kita menghayati resepi yang dilampirkan ini… masa cat walk di blog Semanis Gula terjumpa la Cake ini… jadi setelah buat kajian revision dan jugak ulangkaji jugak latih tubi maka dapatlah membuat nya dengan saya usaha yang amat gigih…




 Sebelum tu, masa buat lapisan pertama iaitu kek semua berjalan dengan lancer.. lapisan kedua pun berjalan dengan lancar… hmmmmmm baru je masuk dalam peti ais… ahhh tidakkkk Blackout….. huh… nasib baik la setengah jam je…. So nak buat lapisan ketiga kena tunggu lapisan kedua tu sejuk dank eras…. Maka pada jam 1.30 pagi bangun la buat lapisan ketiga itu…. Dalam dok tengah tuang lapisan ketiga ke atas lapisan kedua itu.. sekali lagi black out…. Tensionnnnnnn…… dan mujur sekali lagi setengah jam je dah ok… buatnya la kan masa tengah beat whipp cream tu blackout…. Fuhhhh menangis la kot….
Dan pukul 6.00 pagi bangun plak untuk buat ganache…. Dan tengahari baru dapat makan… panjang kan citer kali ni…. Bertabah la ye membaca….


CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKES

Lapisan Bawah (1)
120 gm biskut tiger
70 gm butter

Jase guna kek Gulung Ahpek… rujuk sini …..

Lapisan atas (2)
250 gm cheese
120 gm gula castor
150 gm non dairy whipping cream (MAURI – yakini HALAL-buatan Malaysia)
1 ½ tbsp HalalGel
80 ml susu segar

Putar cheese dan gula hingga kembang. Masukkan whipping cream sebatikan.
Gelatin taburkan dalam susu dan masak atas api hingga gelatin hancur.
ATAU masukkan gelatin ke dalam 60 ml air panas > ingat ye masukkan gelatin ke dalam air panas bukan air panas tuang atas gelatin.
Sebatikan semua bahan dan tuang atas lapisan kek tadi.
Biarkan sejuk dan beku dalam peti ais.

Lapisan Tengah (3)
Chocolate Mousse

250gm Whipp cream
1 tbsp esen vanilla
1 tbsp HalalGel – larutkan dengan 50ml air panas
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing = bancuhkan dengan air suam ½ cawan , jadikan pes koko)

Putar whipp cream hingga jadi macam cream atau meringue.
Satukan semua bahan bersama whipp cream. Jangan guna mixer guna  spatula je untuk kaup balikkan.
Tuang atas lapisan kedua tadi. Simpan lagi dalam peti sampai betul betul kerasn cantik.

Lapisan atas (4)
Chocolate Ganache

35 gm serbuk koko
50 gm gula castor
150 gm whipping cream
80 gm coklat masakan
30 gm mentega

Sebatikan semua bahan dan masak secara double boiler.
 Tuang atas lapisan ketiga tadi. Dan simpan dalam peti seelok eloknya semalaman atau seharian.. sedap makan sesejuk sangat… nyamannn…

Jangan lupa POSING!!!!! Dah makan lupa plak kannn…








2 comments:

  1. Salam...guna loyang brp inci yer? Cne yer kluarkn ltak ats cke board?

    ReplyDelete
  2. Salam...guna loyang brp inci yer? Cne yer kluarkn ltak ats cke board?

    ReplyDelete